Bab 5 | Genetik

5.2 | PERWARISAN

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:

5.2.1 Menerangkan pewarisan dalam manusia

5.2.2 Berkomunikasi tentang mekanisme perwarisan

PERWARISAN DALAM MANUSIA

Gen Dominan & Gen Resesif

  1. Gen adalah segmen DNA yang merupakan baka yang membawa maklumat genetik.

  2. Gen mengawal sesuatu sifat dan tersusun secara linear pada kromosom.

  3. Gen Dominan:

    • Menunjukkan sifat yang dikawal olehnya walaupun wujud bersama dengan gen resesif.

    • Mengaburkan kesan gen resesif.

    • Ciri-ciri yang ditentukan oleh gen dominan disebut sifat dominan

  4. Gen Resesif:

    • Menunjukkan sifat yang dikawal olehnya tanpa wujudnya gen dominan.

    • Ia hanya akan menunjukkan kesannya jika tiada gen dominan .

    • Ciri-ciri yang ditentukan oleh gen resesif disebut sifat resesif.

Mekanisme Perwarisan

  1. Gen boleh diwakili seperti berikut:

    • Gen dominan diwakili oleh huruf besar.

    • Gen resesif diwakili oleh huruf kecil.

    • Bermakna pasangan gen diwarisi oleh dua huruf

    • Contoh:

        1. Suatu individu menjadi tinggi kerana ciri-ciri ini dikawal oleh gen dominan, yang diwakili oleh huruf 'T'.

        2. Suatu individu menjadi rendah kerana ciri-ciri ini dikawal oleh gen resesif, yang diwakili oleh huruf 't'.

        3. Pasangan gen yang terdapat di dalam suatu individu tinggi ialah 'TT' atau 'Tt', manakala pasangan gen di dalam suatu individu rendah ialah 'tt'.

  2. Heterozigot ialah individu yang mempunyai pasangan gen yang sama bagi suatu sifat (Contoh: TT dan tt)

  3. Heterozigot ialah individu yang mempunyai gen yang berlawanan bagi suatu sifat (Contoh; Tt)

  4. Genotip merujuk kepada kandungan gen dalam suatu individu.

  5. Fenotip merujuk kepada sifat-sifat fizikal yang diperlihatkan oleh suatu individu.

  6. Pewarisan

  • Gamet yang terlibat dalam persenyawaan mengandungi kromosom.

  • Kromosom terdiri daripada molekul DNA dan wujud secara berpasangan (kromosom homolog).

  • Segmen tertentu dalam DNA terdiri daripada gen.

  • Gen mengawal ciri-ciri yang diwarisi daripada sel induk. Gen ini bertanggungjawab untuk pewarisan.

  • Contoh pewarisan: warna rambut, warna kulit, kumpulan darah dan ketinggian

7. Gregor Mendel adalah saintis pertama yang mengkaji perwarisan secara sistematik

8. Perwarisan trait tunggal ditunjukkan oleh kacukan monohibrid

9. Persilangan dominan penuh bermaksud, sifat penuh gen itu ditunjukkan pada anak panah seperti rajah di bawah.

TONTON VIDEO UNTUK PENJELASAN TERPERINCI

Video oleh: Cikgu Mendel

PENENTUAN JANTINA DALAM MANUSIA

  1. Jantina atau seks dalam manusia ditentukan semasa persenyawaan

  2. Setiap sel badan manusia normal mengandungi 46 kromoson (23 pasang kromosom)

    • 44 autosom (22 pasang)

    • 2 kromosom seks (1 pasang)

  3. Kromosom seks seorang perempuan adalah XX

  4. Kromosom seks seorang lelaki adalah XY

  5. Maka kandungan kromosom bagi:

    • perempuan adalah 44 autosom + XX

    • lelaki adalah 44 autosom + XY

  6. Semasa meiosis bilangan kromosom iaitu 46 akan menjadi separuh, iaitu 23.

  7. Oleh itu, kandungan nukleus ovum adalah 22 autosom + X, manakala sperma adalah 22 autosom + X atau 22 autosom + Y.

Mekanisme Penentuan Jantina

  1. Kebarangkalian mendapat anaklelaki atau perempuan adalah 50% atau 1/2.

  2. Bapa adalah penentu jantina anak kerana bapa membawa kromosom seks X dan Y manakala ibu hanya membawa kromosom X sahaja.

  3. Persenyawaan adalah proses percantuman antara nukleus ovum dan nukleus sperma untuk menghasilkan zigot.

  4. Persenyawaan berlaku dalam tiub Falopio atau oviduktus dalam badan seorang wanita.

VIDEO PENENTUAN JANTINA ANAK

Video akan memberikan kefahaman kepada pelajar bagaimana jantina anak ditentukan seperti rajah di atas.


Video oleh: Cikgu Mendel

LATIHAN

Rujukan:
  1. Buku Teks
  2. Blog Pendidikan One Solution
  3. Youtube #cikgootube