Bab 5 | Genetik

5.4 | TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GENETIK

  • Kejuruteraan genetik - teknik menukarkan sifat sesuatu organisma dengan memindahkan gen tertentu daripada organisma lain ke dalam DNA organisma tersebut.

  • Contoh: Bidang perubatan, penghasilan secara kormesial produk ubatan seperti hormon insulin, hormon pertumbuhan, vaksin hepatitis B melalui kejuruteraan genetik.

TEKNOLOGI DNA REKOMBINAN

  1. Insulin dihasilkan dengan menggunakan bakteria untuk direplikasi dengan cepat menerusi teknik rekombinan DNA.

  2. Teknik rekombinasi DNA adalah teknologi yang menggabungkan dua spesies yang berbeza.

  3. Contohnya:

    • DNA yang mengandungi gen yang dikehendaki daripada bakteria digabungkan dengan DNA yang mengandungi gen yang menghasilkan insulin (DNA dari sel pankreas manusia). DNA disisipkan ke dalam plasmid dan dimasukkan ke dalam sel bakteria serta dikulturkan untuk menghasilkan insulin yang banyak.

Pembuatan insulin melalui teknologi DNA rekombinan
Animasi Teknik Rekombinan DNA

ORGANISMA TERMODIFIKASI GENETIK (GMO)

  • Kejuruteraan genetik juga digunakan untuk menghasilkan makanan termodifikasi genetik (GMF) (sebahagian menyebut makanan terubah suai genetik) yang mempunyai ciri-ciri makanan yang diperlukan.

  • Organisma termodifikasi genetik (Genetically Modified Organism - GMO) merupakan organisma sama ada tumbuhan, haiwan, bakteria atau virus yang diubahsuai secara genetik untuk tujuan tertentu melalui teknologi kejuruteraan genetik.

  • Teknologi ini menggabungkan gen dari dua spesies yang berbeza, malahan boleh menggabungkan antara gen haiwan dan tumbuhan atau bakteria untuk menghasilkan GMO dengan ciri-ciri baharu yang tidak dapat dihasilkan secara proses persilangan tradisional.

  • Organisma baharu yang terhasil ini akan memiliki beberapa perubahan khusus yang diperlukan untuk tujuan kormesial serta menjadikan organisma baharu seperti tumbuhan memiliki ciri baharu seperti saiz yang lebih besar, nilai nutrisi yang tinggi dan tahan terhadap serangan serangga perosak dan penyakit. Teknologi ini diaplikasikan dalam tanaman padi, jagung dan kelapa sawit.

  • Kebaikan GMO ini antaranya adalah mengurangkan penggunaan racun perosak yang boleh mencemarkan alam sekitar.

  • Contoh tanaman yang mempunyai rintangan terhadap herbisid adalah kacang soya, tomato, dan padi.

  • Contoh tanaman yang mempunyai rintangan terhadap haiwan perosak adalah ubi kentang dan kapas.

  • Contoh tanaman yang mempunyai rintangan terhadap penyakit adalah betik, ubi kentang dan jagung.


TERAPI GEN

  1. Terapi gen merupakan satu daripada aplikasi kejuruteraan genetik untuk mengubahsuai atau menggantikan gen yang rosak.

  2. Bahan genetik dimasukkan ke dalam pesakit dan kemudian gen yang rosak akan digantikan dengan gen yang normal.

  3. Terapi gen digunakan untuk merawat penyakit anemia sel sabit, penyakit kanser dan jantung.

KESAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GENETIK DALAM KEHIDUPAN

KEBAIKAN

  1. Menentukan penyakit baka dan merawat penyakit tersebut.

  2. Menghasilkan tanaman dan ternakan berkualiti tinggi.

  3. Menghasilkan tanaman yang mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi.

  4. Menghasilkan tanaman yang lebih banyak dalam jangka masa singkat.

  5. Penghasilan insulin, vaksin dan enzim daripada bakteria yang boleh membantu kesihatan manusia

KEBURUKAN

  1. Baka asli akan mengalami kepupusan.

  2. Pemindahan gen dari satu organisma ke organisma lain untuk menghasilkan organisma baharu mungkin bertentangan dengan norma kehidupan seperti pengklonan manusia dan penghasilan senjata biologi.

  3. Pengambilan GMO mungkin menyebabkan kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada manusia.

  4. Menghasilkan organisma yang mempunyai daya rintangan yang tinggi terhadap pestisid.

  5. Menyebabkan mutasi dan ekosistem semula jadi akan terganggu.

ETIKA DALAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GENETIK

  1. Penyelidikan dalam bidang kejuruteraan genetik mendatangkan isu berkaitan etika dan moral.

  2. Bantahan boleh datang dari golongan agamawan sekiranya bertentangan dengan norma kehidupan dan agama seperti isu pengklonan manusia.

  3. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa pengklonan manusia adalah tidak beretika.

  4. Pengklonan biri-biri turut menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat yang mendakwa ianya bercanggah dengan agama.

  5. Teknologi kejuruteraan genetik juga dikhuatiri menyebabkan biobahaya (biohazard) di mana bahan biologi ini boleh mendatangkan bahaya kepada persekitaran dan kesihatan manusia. Bahan ini adalah seperti mikroorganisma dan toksin daripada sumber biologi.

  6. Untuk mengelakkan teknologi kejuruteraan genetik disalahgunakan, undang-undang perlu dikuatkuasakan supaya penyelidik dapat mengikuti perkembangan kejuruteraan genetik.

Mamalia pertama di dunia diklonkan (Biri-Biri bernama Dolly)

VIDEO RUJUKAN TAMBAHAN

LATIHAN

Rujukan:
  1. Buku Teks Sains Tingkatan 4
  2. Blog Pendidikan One Solution
  3. Buku Rujukan Oxford
  4. Youtube (Pendidikan)