Bab 5 | Genetik

TOPIK 5.5 | VARIASI

  • Variasi adalah perbezaan ciri-ciri atau sifat yang wujud dalam kalangan individu daripada spesies yang sama.

  • Variasi dalam kalangan haiwan adalah seperti warna bulu kucing yang pelbagai.

  • Variasi dalam kalangan tumbuhan adalah seperti saiz dan warna buah kelapa.

Variasi dalam kalangan manusia terbahagi kepada dua iaitu variasi selanjar dan variasi tak selanjar.

VARIASI SELANJAR

  • Variasi selanjar adalah variasi yang menunjukkan perbezaan tidak ketara atau tidak jelas antara individu dalam populasi yang sama.

  • Contoh:

      1. ketinggian

      2. jisim badan

      3. saiz tapak kaki

      4. warna kulit

      5. kepintaran

  • Variasi selanjar adalah kuantitatif (yakni boleh diukur) dan dikawal oleh banyak gen bermakna ia dipengaruhi oleh faktor genetik. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

  • Ciri-ciri boleh diukur dan diwakili oleh graf taburan normal.

Sumber: Cikgu Naza (Biologi)

VARIASI tak SELANJAR

  • Variasi tak selanjar adalah variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara dan besar dalam sifat individu.

  • Variasi tak selanjar tidak menunjukkan sifat perantaraan, bersifat kualitatif (yakni tidak boleh diukur) dan dikawal hanya oleh beberapa gen sahaja.

  • Variasi ini tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

  • Taburan kekerapan graf adalah taburan yang diskrit.

  • Contoh variasi tak selanjar adalah:

      1. kumpulan darah manusia

      2. bentuk cuping telinga

      3. kehadiran lesung pipit

      4. corak cap jari

      5. kebolehan menggulung lidah

Sumber: Buku Teks Sains Tingkatan 4 (KSSM)

FAKTOR YANG MENYEBABKAN VARIASI

  1. Variasi disebabkan oleh dua faktor utama iaitu faktor genetik dan faktor persekitaran.

FAKTOR GENETIK

FAKTOR PERSEKITARAN

KEPENTINGAN VARIASI

  1. Pembentukan spesies baru di kalangan spesies yang sama untuk meningkatkan kepelbagaian

  2. Membolehkan spesies baru menyesuaikan diri kepada perubahan alam sekitar

  3. Membenarkan pembiakan silang antara spesies untuk membentuk spesies baru.

  4. Spesies boleh dibezakan diantara satu sama lain.

  5. Risiko kepupusan spesies dapat dikurangkan.

  6. Organisma beradaptasi dengan persekitaran yang berubah atau wabak sesuatu penyakit. Jika tidak individu yang tidak mempunyai variasi akan musnah dalam persekitaran (pupus).

  7. Membolehkan berlakunya pemilihan variasi yang baik atau menyingkirkan variasi yang kurang baik secara beransur-ansur melalui proses evolusi.

  8. Variasi dalam kalangan manusia menjadikan manusia itu unik dan memiliki kekuatan yang tersendiri.

LATIHAN

Rujukan:
  1. Buku Teks Sains T4 (KSSM)
  2. Buku Rujukan Oxford
  3. Blog Pendidikan One Learning Solution
  4. Youtube (Pendidikan)