BAB 6 | Sokongan, pergerakan & pertumbuhan

6.3 | SOKONGAN, PERTUMBUHAN & KESTABILAN DALAM TUMBUHAN

  • Bagaimana tumbuhan boleh berdiri tegak? Padahal dia tiada tulang...

  • Ini kerana sokongan utama tumbuhan ialah batang dan akar.

  • Batang tumbuhan mampu menyokong berat batang itu sendiri, berat daun, berat bunga dan juga berat buah.

  • Akar pula akan memberi sokongan kepada tumbuhan dengan mencengkam tanah.

sistem sokongan tumbuhan darat dan akuatik

Tumbuhan darat

Tumbuhan darat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  1. Tumbuhan berkayu

  2. Tumbuhan herba (tidak berkayu)

1. Tumbuhan berkayu

  • Kebiasaannya bersaiz besar dan tinggi.

  • Sistem sokongan tumbuhan seperti ini adalah tisu berkayu yang keras, kuat dan tegar.

  • Tumbuhan berkayu mempunyai batang yang kuat yang mengandungi tisu lignin iaitu bahan kompleks yang keras dan tegar.

  • Tisu lignin memberikan kekerasan kepada batang serta sokongan kepada tumbuhan supaya sentiasa tegak ke atas.

  • Terdapat juga struktur tambahan seperti akar banir, akar sokong dan akar jangkang yang memberikan sokongan tambahan kepada pokok.

  • Contoh tumbuhan berkayu: pokok angsana, pokok bakau dan pokok rambutan

Akar banir

Akar jangkang

2. Tumbuhan herba (tidak berkayu)

  • Tumbuhan tidak berkayu bergantung pada air yang tersimpan di dalam sel batang sebagai sokongan.

  • Air mengenakan tekanan pada dinding sel untuk memberi kesegahan kepada sel tumbuhan.

  • Kesegahan sel akan memberikan sokongan kepada batang tumbuhan tersebut agar batang tumbuhan kuat, tidak layu, tegar dan tumbuhan tegak ke atas.

  • Batang tumbuhan tidak berkayu lebih lembut dan akan layu jika mengalami kekurangan air.

  • Sokongan tambahan seperti sulur paut, akar cengkam dan batang berongga akan memberikan sokongan tambahan kepada tumbuhan jenis tidak berkayu.

  • Tumbuhan herba (tidak berkayu) mempunyai struktur khas seperti duri, sulur paut, batang melilit, akar sokongan dan akar cengkam untuk menjalar mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi.

Akar sokongan pokok pandan

TUMBUHAN AKUATIK

1. TUMBUHAN AKUATIK TERAPUNG

  • Tidak mempunyai tisu berkayu untuk sokongan menjadikan tumbuhan ini lebih ringan.

  • Mendapat sokongan utama daripada daya apungan air.

  • Mempunyai batang dan daun yang mempunyai tisu aerenkima.

  • Tisu aerenkima terdiri daripada sel yang berdinding nipis dan membentuk ruang udara di dalam tumbuhan akuatik.

  • Ruang udara ini membantu apungan tumbuhan akuatik tersebut.

  • Tumbuhan ini membengkak dan mempunyai batang berongga sekaligus menambahkan daya apungan.

  • Tumbuhan ini mempunyai ciri-ciri daun yang lebar, kalis air dan tidak mudah koyak.

  • Daunnya lebar mengurangkan tekanan oleh air lalu menyokong batangnya di dalam air.

  • Contoh: pokok keladi bunting dan bunga teratai.

Kiambang

Teratai

Keladi bunting

2. Tumbuhan akuatik tenggelam dalam air

  • Tumbuhan akuatik yang tenggelam dalam air mempunyai ciri-ciri daun yang kecil nipis dan fleksibel yang dapat mengurangkan rintangan terhadap aliran air.

  • Batang dan daun mengandungi kantung udara mewujudkan daya apungan yang membolehkan tumbuhan kekal tegak ke atas.

  • Contoh: Cabomba sp. dan Hydri lla sp.

Usia tumbuhan berkayu

  • Semasa tumbuhan berkayu membesar, sel xilem yang baru terbentuk.

  • Xilem yang mati akan menjadi keras.

  • Ini menjadikan batang pokok kelihatan sebagai gelang pokok.

  • Gelang pokok dikenali sebagai gelang tahunan yang menentukan usia pokok.

  • Di kawasan bermusim, kadar pertumbuhan tumbuhan berkayu adalah pesat semasa musim bunga kerana persekitarannya yang sesuai.

  • Di awal musim luruh tumbuhan kurang aktif dan xilem yang lebih kecil dihasilkan.

  • Pada musim sejuk tiada pertumbuhan berlaku.

  • Perbezaan kadar pertumbuhan ini menghasilkan gelang tahunan.

  • Gelang yang cerah terbentuk semasa musim bunga manakala gelang yang gelap terbentuk semasa musim luruh.

  • Gelap dan cerah ini menjadikan corak gelang tahunan pada batang pokok berselang seling.

  • Satu gelang mewakili satu tahun.

hubungkait antara sistem sokongan dan kestabilan dalam tumbuhan

  • Tumbuhan dikatakan stabil apabila ia tidak mudah tumbang.

  • Kestabilan tumbuhan dipengaruhi oleh pusat graviti dan keluasan tapak.

  • Semakin rendah graviti semakin stabil.

  • Sistem sokongan tumbuhan daratan dan akuatik penting untuk memastikan ia tumbuh tegak ke atas dengan stabil.

  • Ini membolehkan tumbuhan menerima cahaya matahari yang mencukupi dan menyerap air dan mineral dari tanah bagi pertumbuhannya baik.

Jenis tumbuhan berbeza & sistem sokongan

LATIHAN

Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel

Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.
Rujukan:
  1. Buku Teks Sains Tingkatan 4 (KSSM)
  2. Buku Rujukan Sains