BAB 6 | Sokongan, pergerakan & pertumbuhan

TOPIK 6.2 | PERGERAKAN & PERTUMBUHAN MANUSIA

  • Sistem rangka dan otot membolehkan manusia bergerak.

  • Pergerakkan otot disebabkan oleh pengecutan dan pengenduran otot.

  • Setiap pasang otot yang bertindak secara berlawanan dikenali sebagai otot berantagonis.

  • Pergerakan otot ini menyebabkan manusia boleh melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari dan melompat.

FUNGSI SENDI DAN PERTUMBUHAN MANUSIA

  • Sendi adalah bahagian di mana dua tulang bertemu di dalam badan.

  • Terdapat dua jenis sendi iaitu sendi bergerak dan sendi tidak bergerak.

  • Sendi tidak bergerak tidak membenarkan pergerakan antara tulang seperti sendi pada tengkorak

  • Sendi bergerak boleh membenarkan pergerakan separa atau penuh seperti sendi lesung dan sendi engsel.

  • Sendi lesung membenarkan pergerakan pada semua arah seperti sendi bahu dan sendi punggung.

Sendi lesung di punggung
  • Sendi engsel membenarkan pergerakan pada satu arah seperti sendi pada siku, lutut dan juga jari kaki serta jari tangan.

  • Otot yang terlibat dalam pergerakan sendi engsel adalah otot bisep dan otot trisep.

  • Otot rangka terikat pada tulang rangka terdiri daripada suatu bekas gentian otot yang berfungsi membolehkan pergerakan berlaku.

  • Otot rangka mengecut dan mengendur menyebabkan tulang ditarik dan pergerakan berlaku.

  • Otot rangka wujud secara berpasangan dan terikat pada dua tulang yang berbeza dan bertindak secara antagonis.

  • Otot antagonis merujuk kepada apabila sesuatu otot itu mengendur maka ia akan kembali mengecut.

Sendi engsel di siku

Mekanisme Otot Antagonis Dalam Pergerakan

Video animasi menunjukkan bagaimana otot antagonis dalam pergerakan.

Struktur Umum Sendi

Ligamen

  • Tisu penyambung fleksibel yang memegang dua tulang yang berbeza pada sendi.

  • Membolehkan pembengkokan sendi.

  • Memastikan tulang tidak mengalami kegelinciran atau dislokasi atau menyebabkan terseliuh.

Tulang Rawan

  • Bertindak sebagai penyerap hentakan.

  • Mengurang geseran

Tendon

  • Gentian tisu penyambung melekatkan otot pada tulang

  • Terdiri daripada gentian yang kuat dan tidak kenyal.

  • Daya pengecutan otot dipindahkan ke tulang melalui tendon.

Cecair/Bendalir Sinovia

  • Melicinkan sendi untuk mengelakkan geseran semasa pergerakan.

  • Bertindak sebagai pelincir sendi.

  • Membekalkan nutrien kepada rawan.

MASALAH BERKAITAN SENDI DAN OTOT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

  • Kecederaan boleh berlaku sekiranya seseorang itu melakukan aktiviti yang agak keterlaluan dan lasak.

  • Apabila otot cedera maka keupayaannya untuk menstabilkan sendi akan berkurangan dan kecederaan sendi boleh berlaku.

  • Sistem rangka dan otot yang sihat dapat dikekalkan melalui pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium, fosforus, besi, flourin dan vitamin D. Kelas makanan ini penting untuk pembinaan tulang yang kuat.

  • Aktiviti sampingan seperti bersenam, berjalan kaki dan berjoging juga dapat mengurangkan masalah berkaitan dengan otot dan rangka

  • Kerjaya yang berkaitan dengan sistem sokongan manusia adalah pakar ortopedik, ahli kiropraktik dan ahli fisioterapi.

KECEDERAAN DAN KEKEJANGAN OTOT

  • Boleh berlaku jika aktiviti pemanasan badan tidak dilaksanakan sebelum bersukan.

  • Kemungkinan kecederaan otot atau tisu otot terkoyak juga boleh berlaku sekiranya aktiviti sukan yang dilaksanakan tidak menggunakan peralatan yang bersesuaian.

  • Pengecutan otot yang melampau atau secara tiba-tiba boleh mengakibatkan kekejangan otot.

  • Hal ini disebabkan oleh kekurangan natrium atau garam mineral dalam badan akibat aktiviti fizikal yang keterlaluan.

  • Kekejangan otot juga boleh disebabkan oleh kekurangan air atau dehidrasi.


OSTEOPOROSIS

  • Sering berlaku dalam warga emas yang melibatkan tulang menjadi mudah patah dan lebih ringan.

  • Kehilangan mineral tulang seperti kalsium menyebabkan berlakunya osteoporosis.

  • Keadaan ini sering dialami dalam kalangan wanita selepas putus haid kerana tiada lagi hormon estrogen yang dirembeskan.


ARTRITIS

  • Masalah ini sering berlaku dalam kalangan orang tua.

  • Ia berpunca daripada kemerosotan atau keradangan sendi.

  • Keadaan yang sering berlaku dalam kalangan warga emas adalah osteoartritis.

  • Osteoartritis merujuk kepada kemusnahan tulang rawan dalam badan.

  • Artritis reumatoid melibatkan keradangan membran sinovia pada sendi tangan dan kaki.

Pola pertumbuhan manusia

  • Pertumbuhan manusia adalah proses berlakunya perubahan dari segi saiz, jumlah bilangan sel, berat, bentuk tubuh dan fungsi badan.

  • Pertumbuhan manusia adalah proses yang kekal dan tidak berbalik.

  • Berlaku disebabkan pertambahan bilangan sel dalam badan

  • Berlaku pada seluruh badan namun berbeza mengikut jantina dan peringkat umur

  • Pertumbuhan manusia bermula dari dalam uterus ibu semasa peringkat embrio dan fetus.

  • Sum sum tulang mengalami pertumbuhan yang lebih cepat diikuti oleh rambut dan kulit.

  • Bahagian badan seperti tulang rawan, rambut dan kuku terus mengalami pertumbuhan sepanjang hayat.

  • Lengkung pertumbuhan manusia ialah sigmoid iaitu berbentuk S.

Peringkat pertumbuhan manusia:

  1. Bayi

  2. Kanak-kanak

  3. Remaja

  4. Dewasa

  5. Tua

Lengkung pertumbuhan manusia

peringkat pertumbuhan manusia

  1. Peringkat Bayi

    • Bermula dari 0 - 3 tahun.

    • Bayi lelaki dan perempuan mengalami pertumbuhan yang sama.

    • Pertumbuhan yang berlaku adalah sangat pesat.

    • Pemakanan yang seimbang penting bagi pertumbuhan yang sempurna.

  2. Peringkat Kanak-Kanak

    • Mula dari 3 - 12 tahun.

    • Pertumbuhan pada peringkat kanak-kanak adalah sedikit perlahan daripada peringkat bayi.

    • Kadar pertumbuhan kanak-kanak lelaki lebih cepat berbanding kanak-kanak perempuan.

    • Pada masa ini makanan seimbang penting bagi pertumbuhan yang seimbang.

  3. Peringkat Remaja

    • Berlaku dari umur 13 sehingga 20 tahun.

    • Peringkat awal remaja ialah 13 Hingga 15 tahun.

    • Kedua-dua jantina mengalami pertumbuhan yang pesat.

    • Remaja lelaki mengalami pertumbuhan yang perlahan berbanding remaja perempuan.

    • Pada umur ini remaja perempuan lebih tinggi dan besar berbanding remaja lelaki.

    • Perubahan ciri-ciri seks sekunder bagi remaja mula berlaku.

    • Pada umur 16 hingga 18 tahun.

    • Kepesatan pertumbuhan remaja perempuan mula berkurang dan seterusnya berhenti.

    • Remaja lelaki akan terus mengalami pertumbuhan sehingga umur 18 hingga 20 tahun.

    • Maka remaja lelaki biasanya lebih besar berbanding remaja perempuan.

  4. Peringkat Dewasa

    • Lelaki dewasa lebih tinggi dan besar berbanding perempuan dewasa.

    • Hal ini kerana pertumbuhan lelaki adalah lebih lama berbanding pertumbuhan perempuan.

    • Pada peringkat ini pertumbuhan manusia adalah malar dan hampir sifar.

    • Pertumbuhan sifar bermaksud tiada pertumbuhan berlaku.

    • Sel-sel baru yang terbentuk hanya untuk menggantikan sel-sel yang rosak atau mati.

  5. Peringkat Tua

    • Pertumbuhan manusia hampir berhenti sepenuhnya.

    • Tubuh badan mula menyusut dan mengecil di bahagian-bahagian otot serta kulit mula mengering kadar pertumbuhan adalah negatif.

    • Penggantian sel-sel yang berlaku adalah perlahan, otot dan rawan mula merosot manakala tulang menjadi lebih poros dan ringan.

pola pertumbuhan lelaki dan perempuan

  • Kadar pertumbuhan lelaki adalah berbeza daripada perempuan.

  • Pada peringkat bayi kadar pertumbuhan lelaki dan perempuan adalah sama.

  • Peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan lelaki lebih tinggi sedikit berbanding perempuan bermula pada umur 4 tahun.

  • Perempuan akan mengalami akil baligh lebih cepat antara umur 12 hingga 14 tahun.

  • Pada peringkat remaja, perempuan mengalami kadar pertumbuhan yang lebih pesat berbanding lelaki.

  • Peringkat ini perempuan kelihatan lebih tinggi dan besar daripada lelaki yang sebaya.

  • Apabila umur mencapai 14 tahun, lelaki pula akan mengalami kadar pertumbuhan yang lebih tinggi dan pesat.

  • Pada ketika ini lelaki akan kelihatan lebih besar dan tinggi.

LATIHAN

Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel

Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.
Rujukan:
  1. Buku Teks Sains Tingkatan 4 (KSSM)
  2. Buku Rujukan Sains
  3. Youtube