BAB 7 | KOORDINASI BADAN
TOPIK 7.1 - SISTEM ENDOKRIN MANUSIA
Pada suatu pagi Borhan ke kebun getah milik keluarganya untuk menoreh getah. Bersebelahan lokasi Borhan sedang menoreh getah terdapat satu parit yang agak lebar. Agar sukar untuk melangkah parit tesebut dan jikalau sesiapa yang melangkah pasti akan terjatuh ke dalamnya.
Ketika Borhan sedang leka menoreh getah, tiba-tiba dia terdengar dengusan nafas seperti seekor binatang. Sebalik sahaja Borhan menoleh ke arah bunyi itu, rupa-rupaya seekor harimau berdiri tegak memerhatikan Borhan dalam jarak hanya 5 meter darinya. Apa agaknya yang akan Borhan lakukan? Borhan terus berlari dengan lajunya ke arah parit tadi kerana itu sahaja laluan yang ada, lalu melompat dengan sedaya upaya dan dia berjaya melepasi parit yang lebar tadi dengan selamat. Bagaimana Borhan memperolehi tenaga sehinggakan dia mampu melompat melepasi parit yang lebar tadi?
PENJELASAN
Apabila Borhan terpandang harimau, malumat akan dihantar ke otak dan otak akan menghantar respon iaitu tindak balas ke otot dan kelenjar. Kelenjar endokrin akan merembeskan hormon dan menyebabkan berlakunya peningkatan:
kadar denyutan jantung.
kadar pernafasan
tekanan darah.
paras glukosa meningkat.
kadar metabolisme.
Kesannya:
kadar dengupan jantung meningkat dan darah dapat menghantar oksigen ke seluruh badan dengan lebih cepat .
lebih banyak glikogen simpanan ditukar kepada glukosa.
otot mendapat lebih banyak tenaga.
Oleh sebab itu Borhan boleh lompat parit yang lebar tadi.
SISTEM ENDOKRIN MANUSIA
Sistem endokrin manusia terdiri daripada enam kelenjar utama iaitu pituitari, tiroid, edrenal, pankreas, ovari dan testis.
Kelenjar endokrin adalah kelenjar tanpa duktus yang berfungsi untuk menghantar maklumat ke seluruh badan menggunakan hormon.
Hormon dirembeskan oleh kelenjar akan mengalir ke dalam darah dalam jumlah yang kecil dan bertindak sebagai perantara kimia untuk gerak balas badan.
Setiap hormon memiliki fungsi yang berbeza dan khusus terhadap organ sasaran tertentu untuk gerak balas.
Secara umumnya, hormon yang dirembeskan ini adalah sejenis protein yang memberikan kesan jangka masa yang lama, gerak balasnya adalah perlahan, merangsang fungsi tisu atau organ khusus dan dirembeskan dalam kuantiti yang sedikit.
KEDUDUKAN KELENJAR ENDOKRIN & FUNGSINYA
PIUITARI
Terletak di bawah serebrum.
Dikenali sebagai kelenhar induk kerana mengawal fungsi kelenjar endokrin yang lain.
Merembeskan hormon berikut:
Hormon pertumbuhan yang mengawal pembahagian sel dan pertumbuhan manusia.
Hormon antidiuresis (ADH) membantu ginjal mengawal air dalam badan.
OVARI
Merembeskan hormon estrogen yang berfungsi untuk:
Mengawal perkembangan uterus untuk penghasilan ovum & penempelan embrio.
merangsang perkembangan ciri-ciri seksual sekunder perempuan seperti perkembangan payudara & pembesaran pinggul.
Merembeskan hormon progesteron yang berfungsi untuk mengawal ketelabalan dinding uterusuntuk penempelan embrio.
TESTIS
Merembeskan hormon testosteron untuk:
kawal penghasilan sperma.
merangsang perkembangan ciri-ciri seksual sekunder lelaki seperti suara garau dan misai.
PANKREAS
Merembeskan hormon insulin untuk mengawal paras glukosa dalam darah
Merangsang pertukaran glukosa berlebihan kepada glikogen untuk disimpan dalam hati.
ADRENAL
Merembeskan hormon adrenalin untuk menyediakan badan kita menghadapi kecemasan dengan meningkatkan:
kadar metabolisme
kadar denyutan jantung
paras glukosa dalam darah
Adrenalin juga mengawal jumlah garam mineral dalam badan.
TIROID
Merembeskan hormon tiroksina untuk:
menambahkan kadar metabolisme dalam badan.
mengawal atur pertumbuhan dan pekembangan fizikal dan mental kanak-kanak.
KESAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON KE ATAS KESIHATAN MANUSIA
HORMON PERTUMBUHAN
KESAN KEKURANGAN HORMON PERTUMBUHAN
Kekerdilan (Dwarfisme)
Menyebabkan pertumbuhan terencat.
KESAN BERLEBIHAN HORMON PERTUMBUHAN
Kegergasian (Giantisme)
Kelenjar pituitari merembeskan hormon pertumbuhan secara berlebihan semasa kanak-kanak menyebabkan pertumbuhan abnormal tulang, otot dan kebanyakan organ dalaman.
Akromegali
Hormon pertumbuhan dirembeskan secara berlebihan semasa peringkat dewasa.
menyebabkan pertumbuhan abnormal berlaku terutamanya pada kaki, tangan, dahi & rahang.
HORMON ANTIDIURETIK (ADH)
KESAN KEKURANGAN HORMON ANTIDIURETIK (ADH)
Diabetes Insipidus
Berlaku apabila hormon ADH dihasilkan di hipotalamus.
Air tidak diserap semula di duktus pengumpul di ginjal.
Penghasilan urin secara berlebihan & sentiasa dahaga.
Merosakkan kelenjar pituitari dan organ ginjal.
Gangguan kepada pengawal aturan perkumuhan air kencing.
KESAN BERLEBIHAN HORMON ANTIDIURETIK (ADH)
Menyebabkan sakit kepala dan pening.
Muntah-muntah dan cepat penat.
Isipadu darah meningkat disebabkan badan menyimpan air terlalu banyak.
HORMON INSULIN
KESAN BERLEBIHAN HORMON INSULIN
Diabetes Melitus
Glukosa berlebihan tidak dapat ditukar kepada glikogen akibat kekurangan insulin.
Aras glukosa dalam darah akan meningkat
Menyebabkan diabetes mellitus.
Kerosakan boleh berlaku pada kapilari darah dalam ginjal, jantung dan mata.
Kerosakan saraf boleh berlaku pada kaki, penyakit ginjal dan strok.
KESAN BERLEBIHAN HORMON INSULIN
Hipoglisemia
Paras glukosa dalam darah menjadi terlalu rendah
Dahaga yang berlebihan.
Delirium Boleh berlaku menyebabkan masalah percakapan, kekeliruan, pitam, lemah badan dan maut.
HORMON TIROKSINA
KESAN KEKURANGAN HORMON TIROKSINA
Hipotiroidisme
Apabila kelenjar tiroid kurang aktif dan kurang merembeskan hormon tiroksina.
Juga dikenali sebagai penyakit goiter.
Kadar metabolisma sangat rendah menyebabkan pertambahan berat badan dan tidak tahan sejuk serta mudah rasa penat.
KESAN BERLEBIHAN HORMON TIROKSINA
Hipertiroidisme
Dikenali sebagai penyakit Graves.
Kadar metabolisme meningkat mendadak.
Fungsi badan menjadi terlalu pantas.
Menyebabkan kehilangan berat badan, kadar denyutan jantung menjadi laju dan cepat letih.
HORMON ESTROGEN
KESAN KEKURANGAN HORMON ESTROGEN
Kitaran haid tidak tetap, kemandulan dan tulang lemah menyebabkan osteoporosis
Berlaku penambahan berat badan.
KESAN BERLEBIHAN HORMON ESTROGEN
Bagi perempuan: menyebabkan kembung perut, keguguran rambut, depresi, ketulan bukan kanser pada payu dara dan masalah ingatan.
Bagi lelaki: menyebabkan ciri-ciri perempuan menonjol pada lelaki, mati pucuk dan kemandulan.
HORMON TESTOSTERON
KESAN KEKURANGAN HORMON TESTOSTERON
Ciri ciri lelaki tidak berkembang bagi lelaki.
Pertumbuhan menjadi lambat, organ pembiakan tidak matang, suara tidak garau dan kurang bulu badan.
Bilangan sperma yang rendah.
KESAN BERLEBIHAN HORMON TESTOSTERON
Bagi perempuan: menyebabkan sifat kelelakian pada wanita, pertumbuhan bulu seperti misai dan jambang, pertambahan jisim otot dan kitar haid terjejas.
HORMON ADRENALIN
KESAN KEKURANGAN HORMON ADRENALIN
Tindak balas perlahan semasa kecemasan.
KESAN BERLEBIHAN HORMON ADRENALIN
Denyutan jantung laju, tekanan darah menjadi tinggi, penurunan berat badan dan perpeluhan melampau.
SISTEM ENDOKRIN
VIDEO SISTEM ENDOKRIN
Kredit: Cikgu Mendel
LATIHAN
Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel
Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.- Buku Teks Sains Tingkatan 4
- Buku Rujukan Sains Tingkatan 4
- Youtube (Cikgu Mendel)