BAB 7 | KOORDINASI BADAN
TOPIK 7.2 - GANGGUAN KEPADA KOORDINASI BADAN
Pengambilan dadah tanpa preskripsi atau penyalahgunaan dadah boleh mengganggu fungsi neuron dengan cara melambatkan pergerakan impuls dalam neuron.
Ini kerana dadah merupakan bahan kimia yang boleh menyebabkan ketagihan serta mengganggu koordinasi badan.
Gangguan kepada sistem saraf dan sistem endokrin secara berterusan ini akan menyebabkan kerosakan kekal.
JENIS-JENIS DADAH
1. PENENANG
Melambatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan.
Pengguna mengantuk dan kurang cemas.
Contoh: barbiturat dan alkohol.
2. PERANGSANG
Pergerakan impuls dalam koordinasi badan menjadi cepat.
Pengguna berasa sangat yakin.
Akan peka dengan perubahan persekitaran.
Contoh: amfetamina dan metafetamin.
3. INHALAN
Pengamblan dadah ini adalah secara menyedut menerusi pernafasan.
Merosakkan otak, peparu dan ginjal.
Contoh: pelarut dan bahan gas.
4. HALUSINOGEN
Menyebabkan seseorang itu khayal dan berhalusinasi.
Menjejaskan persepsi.
Mengubah laluan impuls dalam otak.
Halusinasi bermaksud seseorang itu seperti mendengar suara atau melihat objek yang tidak wujud.
Contoh: ketamin dan LSD (dietilamina asid lisergik).
Kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada koordinasi badan
Koordinasi badan akan terganggu.
Hilang keseimbangan badan mengakibatkan cara berjalan terhoyong-hayang dan tidak betul.
Tindakan refleks menjadi lambat.
Tidak dapat menganggar jarak dan kelajuan.
Badan akan terdedah kepada bahaya dan kecederaan.
Pertuturan turut akan menjadi tidak jelas dan meracau.
Penglihatan akan terjejas, menjadi kabur dan imej berganda.
Ketidakseimbangan hormon menjadikan tubuh badan mengalami pertumbuhan melampau atau terbantut.
Gangguan kepada penghasilan hormon estrogen dan testosteron yang tidak seimbang turut akan mengakibatkan perkembangan seksual sekunder terganggu.
kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada
kesihatan fizikal dan mental
SIROSIS HATI
Pengambilan alkohol yang berterusan dan berlebihan boleh menyebabkan kesan toksik kepada hati dan seterusnya menyebabkan penyakit sirosis hati iaitu hati mengalami kerosakan yang teruk, berparut, mengeras dan tidak berfungsi.
ULSER PERUT
Ulser perut atau ulser peptik merupakan satu keadaan selaput di dalam perut yang mengalami luka akibat pengambilan alkohol berlebihan.
Alkohol menyebabkan perut menghasilkan banyak asid dan mengakibatkan keradangan pada selaput dalam perut.
Pesakit akan mengalami kepedihan di kawasan ulu hati, beras, loya dan muntah.
Ulser perut yang teruk dan serius boleh mengakibatkan muntah darah dan najis berwarna hitam.
PERLAKUAN GANAS
Pengambilan dadah seperti amfetamina akan mengaktifkan sel-sel otak dan meningkatkan kadar metabolisma.
Penagih akan menjadi lebih aktif dan bersikap ganas serta agresif.
Pengambilan alkohol secara berlebihan akan menyebabkan hilang kewarasan fikiran dan mabuk seterusnya menyebabkan mereka boleh bertindak di luar kawalan dan menjadi lebih ganas.
HALUSINASI
Pengambilan dadah seperti ganja akan mengganggu fungsi otak yang mengubah persepsi penagih dadah.
Ini akan menyebabkan penagih mengalami halusinasi dan mempunyai perasaan syak wasangka terhadap seseorang.
Halusinasi akan menjadikan kelakuan penagih menjadi agresif.
VIDEO BERKIATAN TOPIK
Penyalahgunaan Dadah
Dadah & Kesannya
LATIHAN
Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel
Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.- Buku Teks Sains Tingkatan 4
- Buku Rujukan Sains Tingkatan 4
- Youtube (Ahmad Nizam & Alina Natashaa)