BAB 8 | UNSUR DAN BAHAN

TOPIK 8.1 - ASAS JIRIM

BAHAN ATOM

  • Bahan atom terdiri daripada atom sahaja.

  • Termasuk semua jenis logam dan gas nadir.

  • Susunan zarah atau atom adalah rapat, seragam dan padat.

  • Contoh:

      1. Logam: Besi (ferum), emas, aluminium.

      2. Gas nadir: helium, neon dan xenon.

BAHAN MOLEKUL

  • Molekul adalah zarah paling ringkas.

  • Terbina daripada dua atau lebih atom yang sama atau dengan atom yang berbeza.

  • Contoh:

      1. Sulfur

      2. Air

      3. Oksigen

      4. Karbon dioksida

BAHAN ION

  • Bahan ion terbentuk apabila atom logam bergabung dengan atom bukan logam.

  • Atom logam cenderung melepaskan elektron untuk membentuk kation manakala atom bukan logam cenderung untuk menerima elektron bagi memebentuk anion.

  • Contoh:

      1. Natrium klorida

      2. Aluminium oksida

      3. Magnisium bromida

      4. Ferum oksida (karat)

LATIHAN

Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel

Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.
Rujukan:
  1. Buku Teks Sains Tingkatan 4
  2. Buku Rujukan Sains Tingkatan 4