BAB 8 | UNSUR DAN BAHAN

TOPIK 8.2 - JADUAL BERKALA UNSUR MODEN

SUSUNAN UNSUR DALAM JADUAL BERKALA

  • Jadual berkala unsur moden adalah suatu kaedah penyusunan unsur-unsur secara tertib menaik mengikut nombor proton.

  • Lajur menegak dalam jadual berkala adalah kumpulan.

  • Lajur melintang dalam jadual berkala adalah kala.

Sumber: Cikgu Diana

Kumpulan:

  • Terdapat 18 kumpulan dalam jadual berkala yang dinomborkan dari 1 hingga 18 (rujuk jadual berkala).

  • Unsur dalam kumpulan yang sama memiliki bilangan elektron valens yang sama dan mempunyai sifat kimia yang sama.

  • Sifat fizikal unsur menunjukkan perubahan secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan .

Kala:

  • Terdapat 7 kala dalam jadual berkala.

  • Unsur disusun dalam susunan menaik mengikut nombor proton dari kiri ke kanan dalam setiap kala.

  • Unsur dalam kala yang sama memiliki bilangan petala yang sama.

  • Unsur-unsur dengan perubahan sifat kimia dan sifat fizikal secara beransur-ansur daripada logam kepada bukan logam.

Unsur-unsur di dalam Jadual Berkala terbahagi kepada tiga bahagian:

  1. Logam

  2. Separuh logam

  3. Bukan logam


SIMBOL-SIMBOL UNSUR

Sumber Imej: Tikus Makmal SPM

CONTOH:

  • Unsur itu adalah Magnesium.

  • Nombor nukleon Magnesium adalah 24.

  • Nombor proton Magnesium adalah 12.

  • Atom Magnesium mempunyai 12 proton, 12 neutron dan 12 elektron.

  1. Nombor proton ialah bilangan proton dalam nukleus suatu atom.

  2. Nombor proton = bilangan proton

  3. Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus suatu atom.

  4. Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron

  5. Nombor nukleon = nombor proton + nombor neutron

SUSUNAN ELEKTRON UNSUR

  • Elektron disusun mengelilingi nukleus dalam petala elektron.

  • Elektron memenuhi petala terdekat dahulu dan apabila penuh barulah dalam petala yang berikutnya.

  • Bagi atom-atom yang memiliki bilangan proton antara 1 hingga 20, petala pertama diisi dengan 2 elektron manakala petala kedua dan ketiga diisi dengan 8 elektron. (Lihat rajah)

  • Elektron valen: Elektron yang terletak pada petala yang paling luar.

PEMBENTUKAN ION POSITIF DAN ION NEGATIF

  • Ion cenderung untuk membentuk susunan elektron yang stabil.

  • Ini menyebabkan atom neutral perlu membebaskan atau menerima elektron di petala paling luar untuk membentuk susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.

  • Apabila sesuatu atom menerima atau membebaskan elektron, maka atom tersebut akan menjadi zarah bercas yang dipanggil sebagai ion.

  • Ion positif terhasil apabila atom unsur logam membebaskan elektron.

  • Ion negatif terhasil apabila atom unsur bukan logam menerima elektron.

Atom Helium memiliki 2 elektron valens maka ia dikatakan mencapai susunan elektron duplet yang stabil.

Atom Neon memiliki 8 elektron valens maka ia dikatakan mencapai susunan elektron oktet yang stabil.


PEMBENTUKAN ION POSITIF

  • Kebanyakan logam akan membentuk ion positif.

  • Atom natrium (2.8.1) membebaskan 1 elektron valens untuk mencapai susunan oktet yang stabil.

  • Ion positif mempunyai bilangan proton yang lebih banyak daripada bilangan elektron.

  • Ion bercas positif (kation) terbentuk.

PEMBENTUKAN ION NEGATIF

  • Kebanyakan bukan logam akan membentuk ion negatif.

  • Atom flourin (2.7) menerima 1 elektron valens untuk mencapai susunan oktet yang stabil.

  • Ion negatif mempunyai bilangan elektron yang lebih banyak daripada bilangan proton.

  • Ion bercas negatif ( anion ) terbentuk.

Video Pembentukan Ion

LATIHAN 8.2

Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel

Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.
Rujukan:
  1. Buku Teks Sains Tingkatan 4
  2. Buku Rujukan Sains Tingkatan 4
  3. Blog Pendidikan (One Learning Solution)
  4. Blog Pendidikan Cikgu Diana
  5. Blog Pendidikan (Tikus Makmal SPM)
  6. Youtube Pendidikan (Cikgu Kwee)